Ular Tedung Melingkar Atas Kipas


Seekor ular tedung melingkar di atas bilah kipas yang sedang berpusing secara perlahan dipercayai di sebuah rumah.


Menerusi video ini,kipas itu dilihat berpusing pada kelajuan perlahan sebelum ia hampir terhenti, dipercayai akibat berat ular tersebut.

Tidak dijelaskan apa yang terjadi kepada ular yang berada di atas bilah kipas itu.

Video ini menjadi tular di internet dan netizen memberikan pelbagai komen berhubung situasi tersebut dengan kebanyakan mereka menyatakan rasa terkejut melihat kejadian itu.
 

0/kiriman komen