Seorang wanita didakwa berkahwin dua selepas klip video memaparkan dia berada di pelamin bersama dua lelaki tular di media sosial Indonesia.
Menerusi video ini memaparkan tiga individu lengkap memakai busana pengantin yang netizen kemudian mendakwa bahawa wanita itu mempunyai dua suami.
Rahmawati yang menjadi jurusolek semasa majlis tersebut berkata kejadian berlaku di Jawa Timur pada 20 Januari lalu.
“Saya ditempah menjadi jurusolek untuk majlis tersebut. Ketika sesi bergambar, tiba-tiba bapa saudara mempelai datang ke pelamin dengan memakai baju pengantin,” katanya.
Jelas Rahmawati, bapa saudara pengantin mahu merakam gambar bersama anak saudaranya.
“Saya rakam video tersebut ketika bapa saudara pengantin datang sendirian. Kemudian isterinya datang juga dengan memakai baju pengantin.
“Alasan bapa saudaranya berbuat sedemikian adalah kerana dia dan isterinya tidak mempunyai gambar kahwin. Jadi mereka ingin bergambar selepas majlis anak saudaranya,” katanya.
Catat Ulasan