Daun Pelepah Kelapa Jatuh Tertusuk Cermin Kereta


Pemilik sebuah kenderaan terkejut apabila cermin hadapan keretanya pecah akibat tertusuk sebatang pelepah pokok kelapa yang terjatuh di bahagian penumpang.

Daun pelepah yang tertusuk ke dalam cermin kereta jenis Perodua Bezza itu dianggarkan bersaiz hampir dua meter.

Pemilik kenderaan turut berdepan kesukaran untuk mencabut pelepah tersebut kerana saiznya yang berat dan besar.

Difahamkan ketika kejadian, tiada penumpang yang berada di dalam kenderaan berkenaan kerana ianya diparkir di tepi jalan di sebuah kawasan kedai.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada lokasi kejadian berlaku di Klang atau pun di kawasan yang lain.

Ramai menggesa pemilik kenderaan untuk menuntut ganti rugi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kerosakan yang berlaku.

Malang tidak berbau betul. Tapi kalau parkir dalam kotak PBT, insha Allah boleh tuntut ganti rugi atau insurans.

Tak sangka boleh jatuh pelepah tu. Kalau tengok warnanya masih hijau. Biasanya yang sudah kering akan jatuh. Boleh cuba tuntut dengan PBT.
 

0/kiriman komen