Dikejar Gajah


Seorang lelaki terkejut apabila seekor gajah liar tiba-tiba mengejar kenderaan yang dipandunya dalam kejadian di Lebuh Raya Timur Barat, Gerik-Jeli kelmarin.

Gajah liar bersaiz dewasa itu mula mengejar lori yang dipandunya yang kebetulan menghala tepat ke arah gajah tersebut.


Bagaimanapun,sejurus melihat gajah yang menghala tepat ke arahnya, dia segera mengundur lorinya untuk mengelak dirempuh mamalia tersebut.

Selepas lebih kurang 100 meter, haiwan tersebut mula memperlahankan langkahnya meninggalkan kenderaan tersebut sebelum kembali semula ke bahu jalan.

Kelihatan sebuah Toyota Hilux juga sempat memotong di bahagian hadapan kenderaannya semasa dia sedang dikejar gajah tersebut.

Kemunculan gajah liar di lebuhraya ini sememangnya sudah tidak asing lagi kerana habitat asal mereka sememangnya di situ.

Kalau bukan kerana bahaya, boleh katakan ini adalah antara best moment (momen terbaik)..bayangkan gajah tu lari mari dekat kita.

Telinga dia goyang-goyang boleh wat kira (runding) lagi, kalau telinga dia keras, jangan buat main-main.
 

0/kiriman komen