Seorang pemandu lori berumur 39 tahun disaman sebanyak 7 juta dong (RM1,330) kerana menghalang laluan ambulans dalam kejadian di Wilayah Phu Yen, Vietnam.
Lesen Nguyen To Ni juga digantung selama tiga bulan kerana kesalahan tersebut.
Pada tengah hari Ahad lalu, Ni memandu lori di sebuah lebuh raya di Phu Yen.
Ambulans berkenaan milik Pusat Perubatan Phu Hoa dan sedang membawa seorang pesakit ketika kejadian.
Rakaman video insiden tersebut kemudian menjadi tular di media sosial.
Perbuatan biadab pemandu lori itu mengundang kritikan ramai netizen.
Catat Ulasan