Kahwini Ibu Sahabat Karib


Seorang lelaki di Lombok, wilayah Nusa Tenggara Barat menjadi perhatian ramai kerana berkahwin dengan wanita berusia 20 tahun lebih tua yang juga ibu kepada sahabat karibnya.


Menerusi video ini, pasangan pengantin itu kelihatan  duduk di halaman rumah semasa majlis pernikahan mereka.

Majlis sederhana itu dihadiri oleh saudara terdekat dan jiran tetangga, manakala mas kahwin ditetapkan sebanyak 3 juta rupiah (RM908).

Menurut laporan, pengantin perempuan merupakan ibu rakan sepermainan pengantin lelaki, namun, umur sebenar kedua-dua pasangan itu tidak didedahkan.

Inilah yang dinamakan ‘bapaku ialah sahabatku’


0/kiriman komen