Peminta Sedekah Pakai Honda


Seorang wanita didakwa menyamar sebagai pengemis selepas video mengenainya menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda HRV tersebar di media sosial.

Berdasarkan video ini, rahsia wanita itu terbongkar apabila seorang lelaki mengekorinya hingga ke kenderaannya selepas meminta derma di satu lokasi.

“Naik Honda oi. Naik Honda, kau peminta sedekah naik Honda, jauh kau parking sebab tu aku jumpa kau kat Keramat hari tu,” sergah lelaki itu.

Cemas dengan sergahan tersebut, wanita itu segera menafikan kenderaan itu miliknya.


“Kawan punya saya pinjam. Saya tak ada duit awak boleh cek. Saya tak ada duit nak beli barang,” kata pengemis itu.

Wanita itu juga mendakwa rakannya membantunya mengisi petrol.

Sebab itu ada hadis Rasulullah SAW menjelaskan tentang kepentingan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan bermula dari ahli keluarga terdekat selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Isra’ ayat 26.

Bukan nak skeptikal. Lagi baik kita sedekah ke masjid dan jiran-jiran kita yang betul-betul memerlukan.

Aku dah pernah kena tipu sekali sampai sekarang aku tak percaya orang minta sedekah jual tisu, lantaklah orang cakap apa.
 

0/kiriman komen