Seorang lelaki kecewa apabila pulut panggang yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan keras seperti kayu.
Beliau telah membelanjakan sebanyak RM13 untuk membeli 10 batang pulut panggang tersebut buat juadah berbuka puasa.
“Inilah kisah 1 Ramadan saya, tidak tahulah hendak ketawa atau menangis. Beli pulut panggang, tetapi isinya keras macam kayu,” katanya.
Bagaimanapun, lokasi bazar Ramadan tersebut tidak dapat dipastikan.
Orang ramai juga turut menyuarakan kekecewaan masing-masing terhadap segelintir peniaga ‘segera’ di bazar Ramadan yang tidak mengutamakan kualiti makanan yang dijual.
Tak tahulah hendak cakap apa. Penjual kadang-kadang tidak mahu rugi. Selagi boleh jual, jual. Tidak kiralah sama ada makanan itu keras ke tidak.
Selalunya karipap angin, tahun ini pulut panggang kayu pulak.
Catat Ulasan