Terkejut Temui 8 Lipas Dalam Tose


Seorang wanita mengalami ‘mimpi ngeri’ apabila lapan ekor lipas ditemui di dalam tose yang dijamah di sebuah kedai kopi di New Delhi.

“Kami memesan dua tose, dan tidak lama selepas beberapa gigitan, saya melihat sesuatu yang aneh lalu mengambilnya dari makanan."


“Ia adalah lipas! Terdapat lapan ekor lipas dalam satu tose,” katanya.

Wanita tersebut selain itu turut menyebut mengenai dapur kedai yang berbau busuk.

Susulan kejadian itu, wanita berkenaan membuat laporan polis berhubung aspek kebersihan di premis tersebut. 
 

0/kiriman komen