Terserempak Beruang Matahari


Seorang pekerja Taman Herba, Tasik Kenyir cemas apabila terserempak dengan seekor beruang matahari sewaktu menunggang motosikal di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi itu, Muhammad Rafzee Zulkiflee, 23, segera berpatah balik dan memecut laju motosikalnya untuk menyelamatkan diri.

“Sewaktu kejadian, saya sedang menunggang motosikal untuk membeli sarapan di sebuah kedai makan di Pengkalan Gawi."

“Sebaik tiba di laluan menuruni bukit, saya terserempak dengan seekor beruang matahari sedang berkeliaran di kawasan pintu masuk utama ke Tasik Kenyir berkenaan,” katanya .

Terdahulu tular klip video memaparkan seekor beruang matahari berkeliaran di Pengkalan Gawi.

Muhammad Rafzee memberitahu dia yang cemas kerana motosikalnya dengan haiwan buas itu cuma 100 meter segera membrek mengejut sebelum memecut laju berpatah balik untuk menyelamatkan diri.

Tambahnya, dia yang memberanikan diri kembali semula ke lokasi penemuan kira-kira 15 minit kemudian mendapati kelibat beruang matahari tersebut sudah tidak kelihatan.

“Saya syak haiwan buas itu telah memasuki semula kawasan hutan berhampiran,” katanya.
 

0/kiriman komen