UFO Di Langit Ukraine


Fenomena objek terbang tidak dikenali (UFO) yang  dirakam dron tentera Kiev  menunjukkan sebuah piring terbang besar berwarna hitam berlegar-legar di langit Ukraine.

Video ini  dirakam oleh askar Batalion ke-406 Angkatan Bersenjata Ukraine (UAF) menggunakan dron quadcopter pengimejan  terma, Mavic 3T.

“Apakah itu? Mengapa ia tidak bergerak?” kata salah seorang daripada mereka.


“Ia berada pada satu tempat di skrin. Zum lebih dekat. Ia tidak bergerak, adakah anda nampak?” kata askar  lain.

Pengimejan terma dron menunjukkan UFO tersebut lebih panas daripada suhu persekitarannya.

Ada yang berkata  bahawa imej tersebut adalah ilusi optik dinamakan sebagai fatamorgana.Ia menjadikan sesuatu objek kelihatan seperti terapung.


 

0/kiriman komen