Bersahur Sambil Kejar Tapir


Sekumpulan anggota pertahanan awam APMM mengejar seekor tapir yang terlepas dari kandangnya di sebuah Zoo di Johor.

Haiwan mamalia tersebut yang dikenali sebagai Malayan Tapir atau tenuk Malaysia berjaya ditangkap selepas dikepung oleh anggota APMM yang cuba untuk memaksanya menuju ke arah zoo semula.

Orang nak sahur, mereka (anggota APMM) dapat kes tapir pukul 3 pagi. Berkicap (berpeluh) masing-masing nak halau dia (tapir) masuk zoo balik.


Menurut sumber APMM ,tragedi itu berlaku sebelum bersahur, anggota APMM daerah Johor Bharu yang bertugas Ops Prihatin mengalihkan seekor tapir yang terlepas dari Zoo Johor dan berkeliaran di Jalan Gertak Merah, Johor Bharu pada pukul 3.15 pagi kelmarin.

Comel sungguh lah si tapir tu dengan abang-abang sekali kena exercise waktu-waktu sahur macam tu. Itu tanda yang Zoo Johor dah nak buka.

Zoo belum buka lagi, dia dah keluar dulu..bosan katanya duduk lama dalam zoo tu. Kasi santai lah kejap.Ini berikutan Zoo Johor yang dikhabarkan belum dibuka untuk orang ramai. 
 

0/kiriman komen