Gajah Betina Mati Dilanggar


Seekor gajah betina mati dilanggar kereta dalam kejadian di Kilometer 50, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran simpang Air Banun di sini hari ini.

Difahamkan, haiwan liar itu dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Xtrail yang dalam perjalanan dari arah Kelantan menghala ke Gerik.


Apabila sampai di lokasi kejadian, seekor gajah dikatakan melintas secara tiba-tiba di laluan selepas selekoh menyebabkan kenderaan itu gagal mengelak lalu melanggar haiwan liar tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya sedang menyediakan maklumat lengkap untuk makluman media.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusuff Shariff ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan gajah itu dianggarkan berusia lingkungan tujuh tahun. 
 

0/kiriman komen