Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang


Seorang peniaga lemang terkejut apabila pelanggannya memberitahu lemang yang baru sahaja dibeli mengandungi paku di dalamnya.

Kira-kira segenggam paku besi yang berukuran lebih kurang 50 milimeter (mm) itu ditemui berada di dalam buluh lemang tersebut serta ada beberapa yang telah termasuk ke dalam isi lemang.


Bagaimanapun, peniaga terbabit juga hairan dengan penemuan paku-paku besi itu kerana menurutnya, sebelum mula mengisi beras ke dalam buluh, dia akan memastikan buluh dalam keadaan bersih dan hanya dia yang menyediakannya ketika itu.

“Dah sampai dekat pelanggan tetiba kurang lebih 10 minit dia call. Kenapa ada paku dalam lemang.? Aku pun macam ehh paku? Mana mai paku, sebab aku yang basuh buluh, yang potong buluh, yang buat A – Z. Memang tiada paku."

“Nasib baik pelanggan baru potong, belum masuk mulut. Dia perasan pun lepas dia nak potong bahagian bawah lemang,” ujarnya.

Peniaga tersebut bersyukur kerana pelanggan tersebut segera memberitahunya dan dia telah menggantikan lemang yang baru untuknya kerana kebetulan memang ada memasak lebih untuk hari itu.

“Kebetulan memang aku masak extra lemang, ganti yang baru buka depan mata pelanggan. Lagipun saya masak memang tujuh batang je. Memang qc ( periksa kualiti) siap-siap,” ujarnya.

Sementara itu, teka-teki tentang siapa pelaku kepada kejadian pelik ini akhirnya terjawab apabila peniaga tersebut sendiri mengakui bahawa dia menggunakan buluh tambahan milik anaknya dan mungkin ia telah digunakan sebagai tempat penyimpanan paku.

“Saya dah habis buluh, pergi ambik buluh spare. Rupanya dia buat main. Nasib memang masak extra untuk makan sendiri. Jadi ganti terus lemang customer,” ujar peniaga tersebut .

0/kiriman komen