Kedai Tepi Jalan Untuk Orang Balik Beraya


Pacak dua khemah tepi Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Merapoh dan jual pelbagai jenis makanan dan minuman buat warga kota yang terperangkap dalam kesesakan jalan.

Itu situasi terbaru dapat dilihat di laluan berkenaan  yang memperlihatkan seorang peniaga bertindak membuka kedai runcit di tepi lebuh raya berkenaan.


Berdasarkan video ini, penjual berkenaan memasang dua khemah dengan menjual beberapa jenis makanan ringan dan minuman air botol untuk mereka yang terperangkap dengan kesesakan selain bagi yang tidak sempat membeli juadah berbuka.

Terdapat juga individu yang menjual petrol di lebuh raya tersebut selain terdapat pengguna yang bertindak menjemur kasut apabila terperangkap dengan kesesakan jalan.

Bila kita terperangkap dalam jam macam-macam pengalaman kita dapat lihat, macam-macam karenah.

Seronoklah tengok moment balik kampung jauh macam ni, macam macam gelagat ada.

Ada pengguna lebuhraya yang sampai ke Gua Musang, dari Kuala Lumpur mula bergerak pukul 10 pagi sampai pukul 2 pagi esoknya, sakit pinggang di buatnya.

 

0/kiriman komen