Sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna biru yang ditemukan terbabas dan tersangkut pada pokok berhampiran susur keluar Plaza Tol Pedas Linggi di Rembau, Negeri Sembilan kelmarin sudah berjaya diturunkan menggunakan kren.
Kereta ‘terbang’ tersebut dibawa turun menggunakan sebuah kenderaan kren mudah alih sebelum dimuatkan di atas trak penunda.
Selepas sehari semalaman tersangkut di celah-celah kawasan pokok lebuh raya itu, akhirnya ia berjaya diturunkan.
Ramai pengguna masih bingung dengan kejadian tersebut yang masih belum diketahui puncanya sehingga kini.
Ada laluan atas rumput menaik ke atas bukit tu. Cuma jauh juga laluan tu walaupun lurus ke atas bukit. Tak tahu kenapa pemandu tak brek.
Naik pandai, nak turun gayat.. kena minta tolong kren.
Catat Ulasan