Seorang penunggang motosikal didenda selepas dia membuat aksi ‘wheelie’ di hadapan beberapa anggota polis di negeri Uttar Pradesh.
Dalam video ini, lelaki berkenaan melakukan aksi berbahaya itu ketika dia diekori oleh tiga anggota polis yang turut menunggang dua motosikal.
Sejurus video itu muncul di internet, Polis Nawabganj di Kanpur melancarkan siasatan dan menangkap lelaki yang melakukan aksi tersebut.
Dia kemudian didenda sebanyak 5,000 rupee (RM283.38) di bawah Akta Kenderaan Bermotor.
Catat Ulasan