Lemang antara juadah utama ketika Aidilfitri malah proses membakarnya juga mengambil masa yang lama bagi mendapatkan lemang yang dimasak sempurna.
Sekumpulan lelaki membuat inovasi mesin memusingkan lemang secara automatik menggunakan beberapa barangan sedia ada seperti bekas tin, besi panjang, set rantai motosikal dan sproket.
Menerusi perkongsian video ini, mereka membina rangka mesin bersaiz lebih kurang tiga meter menggunakan bar besi ringan, bekas tin sebagai tempat meletak buluh lemang, dan rantai berserta sproket bersaiz 15 untuk mengerakkan bekas tin yang berfungsi untuk membalikkan lemang.
Ramai yang teruja dengan ciptaan inovasi lelaki tersebut yang kreatif dalam memudahkan proses membakar lemang.
Satu ciptaan kreatif yang memudahkan kerja orang yang nak membakar lemang nanti, tinggal nak jaga api saja ni.
Tiada kerja lah bahagian lap pusing dan balik-balikkan lemang buluh tu lepas ni.
Catat Ulasan