Sebuah video tular memaparkan pekerja luar pesisir (offshore) beramai-ramai pulang ke kampung halaman bagi meraikan Syawal bersama keluarga tercinta.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna media sosial ini, difahamkan dirinya terpaksa bekerja bagi memberi peluang kepada kawan-kawannya yang lain untuk pulang bercuti.
Kelihatan para pekerja yang sudah berada di atas kapal pesisir pantai itu teruja malah melambai-lambai gembira kepada mereka yang tidak dapat bercuti.
Dengan kapsyen ‘hanya mampu tengok kawan-kawan balik raya’, lelaki itu turut berkata, setiap pekerja ‘offshore’ pulang bercuti selama dua minggu sahaja.
Pengorbanan seorang pekerja ‘offshore’. Semoga Allah merahmati setiap pekerjaan kalian.
Catat Ulasan