Seorang wanita mengamuk selepas mendapati keretanya dikunci petugas bandaraya tempatan.
Kejadian berlaku di Makassar, wilayah Sulawsi Selatan.Wanita yang memandu kereta jenis Honda HR-V berwarna hitam itu dikatakan meletakkan kenderaannya di kawasan larangan sehingga menghalang laluan, sekali gus menyebabkan kesesakan.
Menerusi rakaman ini, wanita berkenaan dilihat menghalang petugas dengan cuba mengambil alat pengunci tayar yang akan dipasang di tayar belakang kereta.
Lebih memburukkan keadaan apabila wanita tersebut meludah ke arah petugas yang merakam video itu dan enggan memohon maaf.
Menurut petugas yang dikenali sebagai Irwan, pengunci tayar yang dipasang boleh dibuka selepas membuat pembayaran dan menandatangani surat, serta memohon maaf.
“Ia boleh dibuka apabila dia sudah membayar denda dan memohon maaf kepada anggota saya,” kata Irwan.
Catat Ulasan