Motorsikal Gagah Tarik 4 Wd


Seorang lelaki menunggang sebuah motosikal  menunda kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Fortuner yang rosak menjadi viral di Indonesia.

Lelaki berkenaan menunda SUV tersebut menggunakan motosikalnya jenis Honda Supra. 

Pada kebiasaannya trak tunda (towing) akan dipanggil untuk menunda kenderaan yang rosak. 


Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya, di mana bahagian belakang motosikal itu dililitkan tali dan disambungkan pada kereta yang rosak.  

Siapa sangka, sebuah motosikal kecil boleh menarik kereta bersaiz sebesar itu.

Kereta tersebut bergerak perlahan sambil menyalakan lampu kecemasan supaya  pemandu lain berhati-hati.

0/kiriman komen