Motosikal ‘Rider’ Dicuri


Seorang lelaki mencuri motosikal pekerja kurier yang sedang menghantar bungkusan di sebuah rumah.

Kejadian berlaku di Jalan Garuda, Asahan, dalam wilayah Sumatera Utara pada Sabtu lalu.


Pekerja kurier tersebut meletakkan motosikalnya di tepi jalan sebelum berjalan menuju ke sebuah rumah untuk menghantar bungkusan.

Melihat peluang itu, pencuri segera melarikan motosikal tersebut. 

Pekerja kurier itu didengari menjerit, menyebabkan penduduk tempatan mengejar dan berjaya menahan pencuri berkenaan. 

Pencuri tersebut kemudian dibelasah oleh penduduk dan dibawa ke balai polis.
 

0/kiriman komen