Pekerja Ubereats Tunggang Kuda Hantar Makanan


Penduduk pinggir bandar Paddington terkejut apabila melihat seorang pekerja syarikat penghantaran makanan menunggang kuda untuk menghantar pesanan pelanggan.

Orang ramai yang terpegun, merakam gambar seorang lelaki berseragam UberEats menghantar makanan dengan menunggang seekor kuda hitam pada Rabu lalu.

Tidak hairanlah pesanan mereka sejuk kerana penghantar makanan hanya menggunakan satu kuasa kuda.

Nah, ini jawapannya kepada harga bahan api yang tidak masuk akal.


Uber sedang menyiasat kejadian itu selepas dimaklumkan mengenai video tersebut.Menurut Uber, membuat penghantaran dengan menunggang kuda adalah bercanggah dengan standard keselamatan dan polisi syarikat. 
 

0/kiriman komen