‘Pocong’ Naik Lori


Dua entiti menyerupai pocong di lihat duduk di belakang lori yang sedang bergerak.

Berdasarkan video ini, perakam dikatakan memandu di jalan Bukit Tinggi-Padang, Sumatera pada waktu malam.

Dia kemudian melihat dua entiti menyerupai pocong duduk di belakang lori yang dipandu di hadapan keretanya.


Namun, apa yang menjadi tumpuan adalah dua entiti itu kelihatan seperti manusia yang sedang berbual dengan salah satu daripadanya bertubuh sedikit gempal.

Kain putih yang dipakai dua lembaga itu juga dilihat bergoyang ketika ditiup angin.

Pocong naik lori. Lucu sangat..Tidak dapat dijelaskan sama ada ia adalah pocong sebenar atau dua manusia yang memakai kostum pocong.

Baru bebas selepas Hari Raya Aidilfitri..Pocong juga mudik (pulang berhari raya).
 

0/kiriman komen