Pokok Pisang Hampir Tumbang Berdiri Tegak


Sebatang pokok pisang yang menunduk ke tanah secara tiba-tiba berdiri tegak  ketika kenderaan melintasinya menjadi tular di Indonesia.

Pokok pisang itu berada di tepi sebatang jalan sempit tanpa turap, manakala kejadian berlaku pada waktu malam.

Kedudukan pokok pisang itu pada awalnya menghalang laluan disebabkan keadaannya yang menunduk ke tanah.


Namun secara tiba-tiba, pokok itu kembali menegak, seolah-olah memberi laluan kepada kereta tersebut. Tiada individu lain dilihat berada di sekitar pokok itu ketika kejadian.

“Ya Allah, apa ini?” kata perakam video berkenaan.

Menurut laporan, masyarakat Indonesia percaya bahawa pokok pisang sering dijadikan ‘tempat tinggal’ makhluk halus. 

Jika dilihat video ini mungkin kelihatan lucu tetapi jika anda sendiri  mengalaminya, ia agak seram.

Jangan turun dari kenderaan jika berlaku keadaan seperti ini. Bimbang ada yang sengaja buat begitu untuk merompak. Anda perlu jalan terus sahaja, jika ada objek aneh muncul, langgar sahaja.
 

0/kiriman komen