Rehearsal Hari Raya Bermula


Cuti Hari Raya Aidilfitri belum bermula, namun Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak sudah mula dipenuhi dengan kenderaan dari Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur.

Video rakaman dari udara ini memaparkan suasana sekitar Plaza Tol Bentong itu dirakam pada 31 Mac 2024 iaitu semalam.


Dengan kapsyen “Rehearsal raya ke,” ianya menggambarkan situasi jalan raya yang sesak menghala ke ibu negara.

Ramai yang mendakwa kenderaan tersebut milik warga Pantai Timur yang datang ke ibu negara untuk berbelanja persiapan raya serta warga kota yang pulang menyambut Ramadan di kampung.

macam biasa la, sebelum raya cari baju raya dekat Kuala Lumpur, selepas itu balik kampung. Tunggu dekat nak raya masa ramai perantau balik kampung, baru dapat suasana raya.

Setiap Ahad, Tol Bentong menghala Kuala Lumpur mana pernah lengang. Ada saja manusia.


 

0/kiriman komen