Rumah Meriah Macam Dalam Taman Tema


Kemeriahan sebuah rumah ibarat taman tema di I-City Shah Alam mendapat perhatian orang ramai selepas kawasan halamannya dihiasi dengan lampu solar berwarna-warni.

Lampu berkenaan menghiasai pokok, tumbuhan selain rekaan mini seperti bangunan KLCC dan KL Tower yang dibina pemiliknya.

Lampu suria yang disangkut pada setiap penjuru rumah membuatkan kediaman berkenaan bercahaya.



“Matahari hilang je terus hidup, hidup sampailah bateri habis, kadang-kadang sampai pagi pun pernah,” kata penduduk kampung itu.

Menurut individu yang merakam rakaman ini, dekorasi lampu solar ini telah dilakukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Cantik rumah pakcik ni, gigih nak bagi cantik, ada kreativiti tersendiri dan menarik perhatian ramai.

 

0/kiriman komen