‘Spiderman’, ‘Spiderwoman’ Kena Cekup Polis


Satu pasangan muda yang memakai kostum watak Spiderman dan Spiderwoman di New Delhi ditangkap polis selepas mereka dirakam menunjukkan pelbagai aksi berbahaya ketika menunggang motosikal.

Aditya, 20, dan Anjali, 19, melakukan aksi berbahaya itu di Najafgarh, barat daya Delhi.


Rakaman video ini  menunjukkan mereka yang memakai kostum itu menaiki sebuah motosikal tetapi tidak memakai topi keledar.

Mereka juga kelihatan mendepakan tangan ketika motosikal sedang bergerak.

Berikutan itu, pasangan tersebut menghadapi tuduhan termasuk menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu.

Menurut agensi tersebut, motosikal yang digunakan itu juga tidak memiliki nombor pendaftaran.

 

0/kiriman komen