Tangkap Aligator Dengan Tangan Kosong


Seorang lelaki di Florida dirakam bertarung dengan seekor aligator jantan yang mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan kejiranan pusat bandar Jacksonville pada hujung minggu lalu.

Mike Dragich, hanya menggunakan tangan kosong apabila dia menentang reptilia sepanjang 2.43 meter itu selain hanya berkaki ayam.


Beliau merupakan ahli sukan seni bela diri campuran .Dragich dikenali ramai pada Jun tahun lalu apabila dia menangkap seekor lagi aligator yang ditemui di tempat letak kereta berhampiran sebuah sekolah rendah di Jacksonville.

Beliau berkata, kejadian baru-baru ini merupakan antara tangkapan haiwan liar seterusnya yang berjaya dilakukan.

“Ia (aligator) berlari ke arah polis dan sekumpulan orang. Semua orang menjerit,” kata Dragich ketika menggambarkan kejadian itu.

Lelaki itu dilaporkan memiiki lesen menangkap haiwan tersebut.

 

0/kiriman komen