Turunkan Cermin Kereta Berhampiran Singa


Seorang penumpang menurunkan cermin kereta ketika berada di kawasan singa berkeliaran di Taman Safari Bogor, wilayah Jawa Barat.

Menerusi rakaman ini, sebuah kereta jenama Daihatsu Xenia berwarna kelabu memasuki kawasan singa dan melakukan aksi berbahaya dengan menurunkan cermin kereta.

Pada awalnya, mereka telah diberi peringatan oleh petugas untuk tidak menurunkan cermin kereta ketika memasuki kawasan haiwan buas itu.

Penumpang tersebut bagaimanapun membuka cermin kereta, namun menutupnya seketika selepas ditegur seorang kakitangan.


Dia bagaimanapun masih berdegil dan kembali membukanya selepas petugas itu berlalu.

Buka (cermin kereta) di kandang singa. Kena cakar kucing pun rasa sakit apatah lagi dicakar singa. Ia tidak sakit tapi terus Innalillah (meninggal dunia).

Kalau enggan mengikut peraturan atau tidak sayang nyawa sendiri, sekurang-kurangnya jangan membahayakan orang lain.
 

0/kiriman komen