Satu rakaman video menunjukkan seorang pekerja restoran di sebuah hotel di India didakwa membersihkan longkang dapur dengan menggunakan peralatan memasak dikenali sebagai ‘frying net’.
Alat itu digunakan untuk mengeringkan ayam goreng yang sudah dimasak supaya tidak berminyak.
Pekerja restoran tersebut membersihkan longkang dengan menggunakan peralatan dapur itu.
Hati-hati jika anda makan sesuatu yang digoreng.Namun, pemilik hotel tersebut menyangkal dakwaannya.
Dia menjelaskan bahawa alat yang digunakan pekerja itu sebenarnya khusus digunakan untuk membersihkan longkang dapur dan tidak sesekali digunakan pada makanan.
“Jangan percaya apa yang anda lihat di internet,” katanya.
Catat Ulasan