Ditinggalkan Rakan Ketika Dikejar Polis


Gara-gara tidak mempunyai lesen menunggang motosikal, dua lelaki warga asing yang cuba melarikan diri berjaya ditahan polis di Jalan Pasar Malam, Meru di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 1 tengah hari itu berlaku ketika sebuah kereta peronda polis (MPV) sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Meru.


Menerusi video ini  salah seorang daripada suspek ditinggalkan rakannya yang menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, semasa rondaan anggota MPV itu terserempak dengan sebuah motosikal Yamaha Y15 dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di lampu isyarat.

“Ketika dihampiri dan diarahkan menghentikan motosikal, dua lelaki tersebut melarikan diri. Kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu bagaimanapun berjaya ditahan selepas 70 meter dikejar MPV,” katanya.

Beliau menambah, pemeriksaan terhadap kedua-dua lelaki itu mendapati mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal kerana tidak mempunyai lesen memandu.
 

0/kiriman komen