Guna Anjing Menyamar Panda


Sebuah zoo di China menerima kecaman ramai selepas mempamerkan dua ekor anjing yang diwarnakan menyerupai panda dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Kejadian berlaku di Zoo Taizhou, wilayah Jiangsu. Anjing berkenaan adalah daripada spesies Chow Chow yang berasal dari utara China. Bulu anjing itu dipotong pendek sebelum dicat dengan warna hitam dan putih di seluruh badan serta muka.


Menurut pengurusan zoo berkenaan, pihaknya belum mampu membawa panda sebenar akibat kekangan kemudahan.

Orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan helah itu, manakala segelintir pengunjung menyifatkan perbuatan pihak zoo sebagai tidak berperikemanusiaan kerana sanggup melakukan kekejaman terhadap haiwan. 

“Orang ramai juga mewarnakan rambut mereka. Pewarna semula jadi boleh digunakan pada anjing jika ia mempunyai bulu yang panjang,” kata jurucakap zoo berkenaan. 
 

0/kiriman komen