Ingatkan Kedai Tomyam


Ingatkan kedai makan sebab berlampu-lampu macam kedai tomyam, rupanya jual batu nisan.

Ianya adalah sebuah kedai batu nisan kerana dihias meriah dengan lampu berwarna-warni umpama kedai makan.


Kedai batu nisan yang terletak di Jengka, Pahang itu juga sering menjadi persinggahan orang luar yang ingin berhenti makan kerana lokasinya yang terletak bersebelahan dengan kedai tomyam.

Kalau terlepas kedai makan pertama jangan berhenti sebab kedai kedua itu kedai batu nisan.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bercerita mengenai pengalaman masing-masing mengenai kedai batu nisan tersebut.

Nasib baik saya tak singgah kedai ini dulu. Lampu dia lagi meriah daripada kedai tomyam kat sebelah.


 

0/kiriman komen