Sejenis kek span yang dicampur dengan hirisan daun bawang menjadi perhatian pengguna media sosial di Indonesia selepas kopi daun bawang tular di China baru-baru ini.
Pemilik akaun media sosial bernama Lukas berkongsi pengalaman dia menikmati kek putih bersaiz besar yang dihiasi daun bawang.
“Mencuba kek span daun bawang buat pertama kali dalam hidup,” kata Lukas.
“Rasa kek itu seperti makan sayur segar, namun campuran bau daun bawang mengganggu dan merosakkan rasa kek itu,” jelasnya lagi.
Dalam video ini, Lukas dilihat beberapa kali menelan potongan kek, namun selepas beberapa kali, dia akhirnya mengalah.
“Ia kelihatan menarik. Namun, rasanya pelik dan bau daun bawang sangat mengganggu rasa keknya,” katanya.
Catat Ulasan