Sebanyak tujuh buah kenderaan terjejas ekoran kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku susulan hujan lebat di Plaza PK 1/11A, Taman Kinrara, di sini, kelmarin
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 4.24 petang hari berkenaan.
Jelasnya, sebanyak sembilan anggota dan pegawai lain-lain pangkat serta dua buah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, terdapat sebatang pokok tumbang telah menghempap tujuh buah kereta."
“Kerja-kerja untuk mengalihkan pokok sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, pihak bomba mendapati tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu namun masih melakukan pemeriksaan di lokasi.
Catat Ulasan