Kritik Kenduri Kahwin Tiada Lauk Daging


Seorang tetamu mengadu mengenai santapan yang dihidangkan di sebuah majlis perkahwinan yang dihadiri

Tetamu tersebut dilihat kecewa dan memberi kecaman kepada pengantin hanya kerana tiada hidangan daging. 

“Majlis perkahwinan tetapi tak ada daging,” katanya.


Lebih mengejutkan apabila tetamu berkenaan membuka semua penutup makanan yang tersedia tanpa mengambilnya. 

Difahamkan, majlis perkahwinan itu hanya menyediakan makanan seperti sambal telur, tempe goreng dan sup sayur. 

Bagaimanapun, tindakan tetamu itu dikecam orang ramai dan menganggap dirinya tidak bersyukur. 

Niat menghadiri majlis perkahwinan adalah untuk meraikan kebahagian pasangan pengantin, bukan mengkritik makanan.

Sesuai mengikut kemampuan, yang penting adalah ikhlas.
 

0/kiriman komen