Pakai Baju ‘Kelawar’ Pandu Lamborghini


Seorang wanita memakai ‘baju kelawar’ ketika memandu kereta sport Lamborghini.


Menerusi rakaman ini, wanita tersebut dilihat memakai pakaian  berwarna hijau. Dia keluar daripada  kereta mewahnya yang berwarna kuning terang di hadapan sebuah kedai di wilayah Kalimantan Selatan.

Lebih mengejutkan orang ramai apabila wanita itu turut memakai selipar biasa yang banyak dijual di pasar. 

Baju kelawar yang dipakai mesti daripada jenama Dior atau Balenciaga.

Definisi orang kaya tapi hidup sederhana.

0/kiriman komen