Panas Berterusan, Air Telaga Kering


Cuaca panas berterusan sejak awal Febuari lalu di Kelantan menyebabkan banyak telaga mulai kekeringan air sehingga memaksa penduduk membuat penggalian semula bagi mencari sumber mata air.

Menerusi maklumat yang di beri oleh seorang pengguna media sosial, telaga buatan di rumahnya itu kering buat kali pertama setelah sekian lama tinggal di sana.

“Sekat (sejak) duduk rumah peninggalan arwah ayah ni, tak pernah lagi telaga buatan ini kering. Tapi akibat kemarau berpanjangan akhirnya kering juga setelah berpuluh tahun,” katanya.


Melalui video ini , kelihatan lapisan tanah lumpur yang tebal di dasar telaga sehingga menghalang punca air daripada keluar.

“Jadi terpaksa lah ranyaa (sentuh) semula telaga ni, buang selut kedodok (tanah lumpur), gali dalam sikit nak suruh ada air,” ujarnya.

0/kiriman komen