Pecah Cermin Hadapan Selepas Melanggar Palang


Sebuah bas ekspres pecah cermin hadapan selepas melanggar palang penghadang kenderaan berat dalam kejadian dipercayai berlaku di Bangi, semalam.

Laluan tersebut merupakan jalan baharu yang juga ‘shortcut’ (jalan pendek) antara Bangi Avenue dan Alam Sari dengan penggunaannya melibatkan kenderaan ringan.

Insiden itu mengundang marah dalam kalangan penduduk tempatan selain mempersoalkan tindakan pemandu bas ekspres melalui kawasan itu.


Malah, ada papan tanda ‘untuk kenderaan ringan sahaja’ yang mana laluan itu tidak boleh digunakan untuk kenderaan berat.

Tak faham, macam mana palang punya besar, ‘driver’ (pemandu) bas ni boleh tak perasan?

Ini mesti nak lari jalan sesak, tak tahu jalan tu ada palang.Masalah betul lah. Bas pun nak lalu situ apa hal. Lalu lah lebuh raya saja.
 

0/kiriman komen