Pengantin Dihurung Lalat


Sejumlah kawanan lalat menghurung seorang pengantin perempuan ketika dia sedang disolek di Solo, wilayah Jawa Timur.

Menerusi video ini, ratusan lalat dilihat mengerumuni bahagian wajah dan tubuh wanita berkenaan.


Ketika kejadian, pengantin berkenaan sedang disolek, manakala kawanan serangga itu enggan menjauhi tubuh wanita berkenaan.

Pengantin perempuan itu kelihatan tidak selesa dan menyapu wajahnya berkali-kali untuk mengusir lalat-lalat tersebut.

Punca kehadiran lalat yang banyak itu dikatakan kerana lokasi majlis perkahwinan tersebut terletak berhampiran ladang ternakan ayam.
 

0/kiriman komen