Keadaan sebuah kedai makan yang berada dalam keadaan sangat kotor dengan makanan telah dimasak terdedah kepada serangga menimbulkan rasa loya dalam kalangan pengguna.
Menerusi video ini, lantai dapur premis dipercayai milik warga tempatan itu bukan sahaja kotor malah penuh dengan sampah-sarap makanan.
Bukan itu sahaja, terdapat sebuah periuk mengandungi sambal nasi lemak yang telah pun dimasak berada di atas lantai dapur serta diletakkan betul-betul di sebelah tong sampah.
Kelihatan di sekeliling periuk yang tidak ditutup rapat itu telah pun dipenuhi dengan telur lalat sekali gus mencemarkan kebersihan makanan itu.
Selain itu, terdapat beberapa bahan mentah yang dicampur dengan barang-barang masakan lain terbiar terdedah di atas para dapur premis tersebut.
“Akak ni sambal nasi lemak dah siap ke belum? Kalau dah siap kenapa biar tinggal atas lantai macam ni, sampai berbunga-bunga dah telur lalat. Dengan sampah dekat sebelah."
“Kalau akak makan kedai orang, akak pun nak makanan bersih, dapur kedai bersih kan? Apalah jual macam ni dekat orang kak,” tegur lelaki yang dikenali sebagai Inspektor Kesihatan itu kepada pemilik premis tersebut.
Difahamkan, kedai yang tidak dapat dipastikan lokasinya dimana itu telah pun ditutup setelah diberi arahan oleh petugas kesihatan yang datang.
Orang ramai dinasihati supaya tidak menunding jari kepada mana-mana negeri kerana kebersihan adalah lahir daripada setiap individu.
“Jangan macam tu sahabat, tidak terlibat mana-mana negeri, ini sikap individu,” jawabnya apabila ada pengguna yang menuduh premis tersebut berada di sebuah negeri Pantai Timur.
Susulan itu orang ramai berasa geli dan loya tekak selain tidak menafikan banyak kedai-kedai warga tempatan yang berada dalam kotor serta culas dalam aspek kebersihan ketika menyediakan makanan.
Biasa kalau keadaan dapur macam ni dekat depan ‘presentation’ bukan main elok lagi.. baik warung tepi jalan pula.. Tapi nak buat macam mana pelanggan lebih suka yang ‘glamour’.
Catat Ulasan