Roboh Rumah Selepas Suami ‘Kantoi’ Curang


Seorang pesohor TikTok dari Indonesia, Acil Jouleha merobohkan rumah yang didiami dengan suaminya selepas lelaki itu menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

Acil berasal dari Amuntai, wilayah Kalimantan Selatan, manakala rumah tersebut didirikan di atas tanah milik mentuanya. 


Wanita itu juga enggan membayar sebanyak 300 juta rupiah (RM88,013) kepada mentuanya sebagai syarat jika dia mahu terus tinggal di rumah tersebut.

Sebaliknya, selepas rumah itu dirobohkan, Acil dilaporkan memilih untuk pulang ke rumah ibu bapanya di Kuta Kartanegara, Kalimantan Timur.
 

0/kiriman komen