Terkejut ‘Ikan Turun Dari Langit’


Sejumlah ikan ‘turun dari langit’ di wilayah Yasuj,Iran, menyebabkan penduduk berlari mencari perlindungan bagi mengelak daripada ditimpa haiwan itu.

Kejadian pelik itu berlaku ketika hujan lebat semalam, sehingga ia menjadi tular di media sosial.


Dalam satu klip video di sebatang jalan utama, seorang lelaki keluar dari keretanya apabila ikan jatuh di sekelilingnya. 

Dia kemudian mengambil salah satu ikan yang masih hidup walaupun hidupan laut itu terkena impak kuat apabila ia jatuh ke daratan.

Fenomena itu dipercayai dicetuskan oleh belalai air mirip angin puting beliung, di mana ia ‘mengangkat’ hidupan marin kecil, manakala terdapat laporan mengenai taufan berlaku di wilayah Yasuj.

Bagaimanapun terdapat dakwaan bahawa seseorang telah melontar ikan yang baru ditangkap dari laut ke udara bagi tujuan membuat video untuk ditularkan.

Namun, seorang pakar iklim berkata: “Tiada kuasa ghaib dalam hal ini. Satu hipotesis adalah belalai air seperti angin puting beliung kadangkala ‘menangkap’ makhluk seperti ikan atau katak dan membawanya jauh. Apabila kelajuan angin beransur-ansur berkurangan, makhluk hidup itu jatuh ke dalam air hujan.”
 

0/kiriman komen