‘Operasi mencari dan menyelamat (SAR)’ untuk mendapatkan semula telefon pintar iPhone milik seorang wanita bernilai 150,000 rupee (RM8,433) yang jatuh di celah batu di tepi pantai memakan masa 7 jam.
Telefon itu milik seorang wanita yang meminta bantuan daripada kakitangan sebuah resort di Varkala, Kerala yang menjadi tempat penginapannya.
Kakitangan resort turut mendapatkan bantuan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Kerala.
Video ini yang merakamkan detik-detik sepanjang operasi panjang itu.
Ombak dan angin yang kuat menyebabkan operasi itu sukar.
Namun, pasukan bomba dan kakitangan resort akhirnya berjaya mendapatkan semula telefon bimbit yang hilang.
Catat Ulasan