‘Billboard’ Di Lebuh Raya Persekutuan Terbakar


Tiga cedera manakala enam lagi dilaporkan selamat dalam satu kejadian kebakaran papan tanda iklan (billboard) yang terletak di tepi Lebuh Raya Persekutuan, selepas susur keluar Jalan Gasing, di sini, tengah hari semalam.

Kesemua mangsa merupakan warga Indonesia yang terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan di bahagian atas dan bawah papan iklan tersebut.


Berdasarkan makluman awal anggota bomba di lokasi kejadian, ketiga-tiga mangsa mengalami cedera ringan akibat kebakaran tersebut telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kebakaran  bermula di bahagian atas papan iklan berjaya dikawal, pihak bomba kemudiannya memadamkan api pada punca kuasa yang terletak di bawah pada pukul 2.50 petang.

Kemudian, kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 3.30 petang sebelum kerja-kerja pembersihan dan pembukaan lorong dilakukan.


Kebakaran yang dianggarkan bermula kira-kira pukul 1.25 tengah hari itu telah menyebabkan kesesakan teruk dari Pusat Bandaraya ke arah Petaling Jaya ekoran dua lorong terhalang bagi memberi laluan kepada jentera bomba melakukan kerja-kerja pemadaman api.

Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan namun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
 

0/kiriman komen