Seorang pemandu di Wilayah Thai Nguyen didenda 4 juta dong (RM735) dan lesen memandunya digantung selama dua bulan selepas dia memandu sambil membawa beberapa wanita berada di dalam but keretanya.
Ketika kejadian, dia memandu bersama empat wanita duduk di dalam but kereta tersebut.
Satu rakaman video ini menunjukkan sebuah kereta membawa empat wanita di dalam but,
Ketika itu, kenderaan tersebut melalui bandar Hoa Thuong di daerah Dong Hy.
Pemandu berusia 35 tahun itu berkata, wanita-wanita itu berusia antara 18 hingga 20 tahun.
Katanya, mereka memakai pakaian basah selepas berenang.
Akibat takut bahagian dalaman kereta itu basah, mereka mengambil keputusan untuk duduk di dalam but.
Catat Ulasan