Disaman Kerana Undur Kereta Di Lebuh Raya


Seorang wanita disaman sebanyak 17 juta dong (RM3,128), manakala lesen memandunya  digantung selama enam bulan kerana mengundurkan sebuah kereta di Lebuh Raya Bandar Raya Ho Chi Minh -Long Thanh- Dau Giay.

Kelmarin kereta hitam  dipandu wanita terbabit melalui lebuh raya dari Bandar Raya Ho Chi Minh ke Dong Nai tetapi terlajak melepasi simpang keluar ke Lebuh Raya Phan Thiet-Dau Giay.


Pemandu itu kemudian memberi isyarat dan mengundurkan kenderaan untuk memasuki simpang tersebut. 

Kejadian itu dirakam kamera papan pemuka sebuah  kereta yang berada di belakangnya.

Video itu kemudiannya dikongsi di internet.Polis trafik menyiasat kes itu dan mengenal pasti pemandunya ialah seorang wanita berusia 35 tahun yang tinggal di utara Bandar Hai Phong. 
 

0/kiriman komen