‘Fesyen Balik Haji’ Persis Pelakon Bollywood


Sebilangan jemaah haji Indonesia yang pulang ke Makassar, wilayah Sulawesi Selatan menjadi perhatian pengguna media sosial kerana memakai pelbagai jenis busana berwarna terang sejurus turun daripada pesawat.

Seramai 450 jemaah haji kumpulan pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin, Ahad lalu.


Ramai antara mereka memakai pakaian khas suku Bugis dan Makassar yang mempunyai warna terang.

Pakaian-pakaian tersebut mempunyai hiasan manik berkilau, malah ada yang memakai barangan kemas sarat di badan.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Haji Makassar, Ikbal Ismail, memakai pakaian seumpama itu adalah  adat penduduk setempat yang sering dilakukan oleh jemaah yang baru pulang daripada  menunaikan haji.

“Saya tidak mampu melarang kerana ia adalah budaya mereka yang mahu menunjukkan kepada semua orang bahawa mereka sudah menunaikan haji,” ujarnya.

Ia selain itu dianggap sebagai satu kebanggaan kerana individu tersebut sudah selesai menyempurnakan rukun Islam kelima. 
 

0/kiriman komen