Jeritan Berulang Menjelang Tengah Malam


Penduduk daerah Menteng  dalam wilayah Jawa Barat resah apabila suara wanita menjerit  seperti kesakitan didengari menjelang tengah malam selama beberapa hari.


Berdasarkan video ini yang tular di media sosial, rakaman suara jeritan tersebut kedengaran jelas dan berlarutan selama beberapa saat.

Suara menyeramkan itu  didengari selama beberapa hari pada waktu  sama iaitu sekitar pukul 11.46 malam (waktu tempatan).

Ketua Perhubungan Awam Polis Kota Bogor, Inspektor Eko berkata, pihaknya melakukan siasatan di lokasi rakaman dibuat bagi mencari sumber suara tersebut.

“Kami sedang menyiasat dari mana suara itu datang,” katanya.

Ada yang mendakwa bahawa ia adalah suara musang, dan bukan manusia.

Sehingga kini, tiada pengesahan dibuat mengenai punca suara tersebut.

 

0/kiriman komen